Penyakit Al' Ain

Penyakit Al' Ain - Kajian Habib - Ardiz Info
Penyakit Al' Ain

"Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda dalam Hadith Sahih,"Mata Manusia ialah benar, boleh jadikan seseorang itu mati , walaupun ia seekor unta pun boleh mati. Maknanya bila seseorang itu melihat kepada sesuatu yang indah, cantik atau mulia, dan dia rasa perkara itu layak diberi pujian maka dia pun puji , tapi dia lupa untuk dahulukan nama Allah Swt atau selawat sebelum dia puji perkara itu."

"Contohnya, Wah cantiknya rumah ni, Indahnya tempat ni, comelnya dia. maka Inilah Al 'Ain. hati-hati dengan penyakit Al'Ain atau penyakit mata manusia khusus pada akhir zaman. Pujian tanpa mendahului nama nama Allah atau Selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم . Al 'Ain adalah penyakit yang susah untuk diubati melainkan kita tau siapa yang melihatnya tanpa dahulukan nama Allah atau orang yang melihat itu wafat."

"Seperti ada satu kisah, ada seorang anak perempuan baru sahaja nikah. sebelum mereka bermalam pertama, Ibu kepada perempuan itu puji anaknya tanpa sebut pun nama Allah atau selawat, Cantiknya anak aku hari ni. Setelah perempuan itu masuk ke bilik untuk jumpa suaminya, perempuan itu antara wafat dan khayal. Kemudian mereka dan sahabat sahabat lain terus membawanya berjumpa dengan Guru mereka di sebuah dewan. Guru itu terus tau apa masalahnya yang penyakitnya itu datang melalui Mata Manusia."

"Lalu Gurunya suruh kepada ibu perempuan itu untuk minta kepada jema'ah yang ada didalam dewan itu sebelum keluar dari dewan ambillah wudhuk dan setelah selesai berwudhuk, suruh anak kamu berwudhuk dengan air wudhuk mereka. Gurunya berpesan, dia tidak akan sihat sehingga kita tau siapa yang memandang dia dgn pandangan yang tidak baik atau orang itu wafat."

"Hampir lima bulan, anaknya masih sakit, ibunya baru teringat yang dia suruh orang ambil wudhuk tapi dia sendiri tak ambil wudhuk. setelah beberapa hari ibunya meninggal. Terus anaknya itu Sihat dan rasa badannya sangat ringan.
Sebelum nak puji sesuatu dengan Mata Kamu, sebutlah MasyaAllah cantiknya, MasyaAllah comelnya. Kadang kadang kita perasan anak kita malas ke sekolah, malas nak belajar, semak balik pujian kita pada anak, atau puncanya dari Mata Manusia."

"Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم : Jika kamu suka sesuatu itu maka ucaplah MasyaAllah Laa Quwwata illa billah atau MasyaAllah Allahumma solli 'ala Muhammad. Bacalah 3 Qul Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas setiap hari sekurang kurangnya 11 kali , Insya Allah akan selamat daripada Kejahatan Jin dan Manusia. "

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf

Sumber FB : PONDOK HABIB bersama Hasyaa Hannaztul Azbar dan 3 lainnya.
5 September pukul 12.00 ·
Next Post Previous Post